Auntie Anne’s Malaysia berpegang teguh kepada prinsip halal dengan memastikan setiap
proses operasi dan setiap hidangan yang disajikan menepati syarat serta tuntutan yang
ditetapkan oleh Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.
Auntie Anne’s Malaysia diiktiraf Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pengiktirafan ini memastikan kami mematuhi piawaian dan peraturan halal yang ditetapkan
oleh JAKIM, demi menyempurnakan amanah pelanggan serta menjamin hidangan yang disajikan
adalah halal, selamat dan berkualiti tinggi.
Produk kami disediakan dengan teliti dan dihasilkan mengikut prosedur yang jelas di kaunter
penyediaan. Kami ingin menegaskan bahawa semua produk yang dihidangkan di Auntie Anne’s Malaysia
tidak mengandungi sebarang bahan tidak halal yang boleh menimbulkan sebarang keraguan.
Sumber bahan mentah kami telah disahkan HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), termasuk
setiap langkah dalam proses penyediaan. HALAL merupakan teras kepada perniagaan kami, dan kami
sentiasa komited untuk mematuhi piawaian Halal yang ketat dan berkualiti tinggi.
Anne’s Malaysia kekal komited dalam menyediakan produk yang selamat, berkualiti, dan diyakini oleh
semua pelanggan. Jika ada sebarang khuatir, boleh layari
https://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/
dan mencari Chrisnia Jenio Sdn Bhd atau Auntie Anne’s
Malaysia.